Khamis, Disember 10, 2009

Mohd Arfan Rashid tambat hati Hj. Ahmad Yusof

Pemain tengah skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah, Mohd Arfan Rashid (gambar) kini bergelar pemain Liga Super negeri Kedah dan bakal beraksi pada saingan Liga Malaysia 2010.

Beliau yang juga merupakan pemain skuad Piala Presiden negeri telah mempamerkan aksi yang cukup meyakinkan ketika menentang Kelantan pada peringkat suku akhir kedua Puncak Piala Emas Raja-Raja Sabtu lalu sekaligus berjaya membantu Kedah ke saingan separuh akhir menentang Singapura. Walaubagaimanapun pemain kelahiran Kampung Alor Madi, Anak Bukit ini terpaksa melupakan aksi separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura apabila digantung satu perlawanan setelah mengumpul dua kad kuning.

Baru berusia 18 tahun, Arfan telah berjaya menambat hati pengendali Liga Super Kedah, Hj. Ahmad Yusof yang turut menyaksikan perlawanan tersebut untuk dibawa masuk ke dalam skuad senior Kedah. Apatah lagi beliau dan penolongnya Hj. Muhd Radhi Mat Din masih di dalam pencarian seorang pemain tengah berkualiti untuk melengkapkan senarai 25 pemain Liga M yang bakal memulakan aksi pada 9 Januari depan.

PBMK mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Mohd Arfan!

Tiada ulasan: