Isnin, Disember 07, 2009

Harian Metro: Kedah benam juara bertahan


KEDAH melayakkan diri ke separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 dengan mengatasi juara bertahan, Kelantan 4-2 menerusi penentuan penalti apabila terikat 2-2 selepas masa tambahan, kelmarin.

Ketua jurulatihnya, Mohamad Ramlee berkata, beliau puas hati dengan prestasi anak buahnya yang berjaya bangkit untuk mengatasi cabaran juara bertahan itu.

“Selepas layak ke separuh akhir, kami perlu menang ke atas Singapura untuk memastikan kami layak ke final.

“Kami akan bertandang ke Singapura pertengahan bulan ini, sebelum beraksi di Alor Star enam hari kemudian. Inilah peluang terbaik bagi kami menjuarai piala ini selepas sekian lama gagal berbuat demikian.

“Peluang layak ke final sama rata selepas mengambil kira kemampuan kami menyingkirkan pasukan elit Piala Emas Raja-Raja selama ini,” kata Mohamad.

Pada perlawanan itu, Kedah membuka jaringan pada minit kedua menerusi jaringan Chun Keng Kong tetapi pelawat menyamakan menerusi Khairul Zal Azmi Zainuddin.

Beberapa minit sebelum rehat, Kedah kembali di depan menerusi jaringan Mohd Faizal Abu Bakar, bagaimanapun, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan sebaik perlawanan bersambung, namun kedudukan kekal sehingga tamat masa tambahan.

Tiada ulasan: