Khamis, Disember 10, 2009

K-League 2009: PBMK lawan KS SUK 15 Disember ini


Saingan Liga Kedah 2009 kini sudah memasuki fasa suku akhir. PBMK selaku naib johan Kumpulan C bakal beraksi menentang pasukan Kelab Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (KS SUK).

Apa yang agak menarik untuk diperkatakan mengenai pertembungan antara kedua-dua pasukan ialah secara majoritinya PBMK dan KS SUK akan diwakili oleh pemain-pemain yang membarisi skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah yang bakal berentap menentang Singapura Sabtu ini pada perlawanan separuh akhir pertama.

PBMK membariskan Mohd Khairul Azuan Rosli, Mohd Fadzli Mohd Nazri, Mohd Zulfaizham Kamis, Muhd Hafiszan Mohd Akhir, Mohd Kamal Azira Abd Manah, Mohd Imran Azhar dan Rohazren Mat Ali. Manakala Amirul Nizam Mahadzir, Mohd Muhaimin Mohamad, Muammar Nur Halim Rahim, Wan Mohd Asraf Wan Ali, Mohd Nizat Salleh, Mohd Arfan Rashid, Md Nor Safwan Md Zain dan Mohd Naim Yusoff mewakili KS SUK.

Perlawanan suku akhir tersebut yang sepatutnya diadakan pada tarikh 12 Disember terpaksa ditunda ke 15 Disember dan akan berlangsung di padang Kompleks TNB Alor Setar jam 4 petang bagi memberi laluan kepada pemain untuk beraksi pada saingan Piala Emas Raja-Raja terlebih dahulu pada tarikh yang sama.

Perlawanan suku akhir lain pada 12 Disember ini ialah melibatkan PBD Padang Terap menentang PBD Baling di padang Kilang Gula Padang Terap, Hicom-Honda menerima kujungan PBD Kota Setar di padang Hicom, Sungai Petani dan di Stadium UUM, Sintok akan berlangsung perlawanan antara PBD Pendang menentang UUM. Semua perlawanan bermula jam 4 petang.


http://ligakedah.webs.com/jadualkeputusan.htm

Tiada ulasan: