Ahad, Disember 06, 2009

Harian Metro: Kedah tak takut Kelantan


KEDAH yang bertekad ke separuh akhir tidak akan mensia-siakan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila menerima kunjungan Kelantan bagi pertemuan suku akhir kedua Piala Emas Raja- Raja di Stadium Darulaman, Alor Star, malam ini.

Dibimbing bekas pemain negeri, Mohamad Ramlee, pasukan itu selaku naib juara Zon Utara dengan gabungan beberapa pemain Liga Super dan Liga Simpanan, yakin mempamer permainan bertenaga dan sistematik untuk menyekat lawan.

Pengurus Kedah, Firdaus Jaafar, berkata selepas seri 0-0 dalam suku akhir pertama di Kota Bharu, Selasa lalu, skuad itu membawa pulang sedikit kelebihan psikologi dan mengharapkan sokongan peminat tempatan untuk menggandakan usaha ke pusingan seterusnya.

Menurutnya, Kedah yang diperkuatkan beberapa pemain berpengalaman Liga Malaysia termasuk penjaga gol Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Chun Keng Hong dan Mohd Sany Mat Isa akan berusaha memadamkan harapan lawan di gelanggang sendiri.

Tiada ulasan: