Isnin, November 30, 2009

Kosmo!: Aksi suku akhir bermula hari ini

CABARAN Puncak Piala Emas Raja-Raja kini sampai ke peringkat suku akhir.

Empat perlawanan berlangsung hari ini dengan tumpuan terarah kepada juara bertahan Kelantan menerima kunjungan Kedah di Kota Bharu.

Kelantan menamatkan cabaran peringkat kelayakan kumpulan D bagi Zon Timur dengan bergaya setelah muncul juara kumpulan.

Dengan tunggak serangan diketuai bekas pemain kebangsaan Azlan Ismail, Kelantan memulakan cabaran dengan kemenangan 2-1 keatas ATM, seri 1-1 bertemu Pahang seterusnya menang 2-1 keatas Terengganu.

Bagi pasukan Kedah yang muncul naib johan kumpulan C Zon Utara, matlamat merangkul Piala Emas Raja-Raja mahu dilaksanakan setelah menempuh musim suram dalam kancah Liga Super musim ini, malah kejayaan itu penting sebagai penawar kepada penyokong setia Hijau Kuning.

Pada peringkat kelayakan lalu, Kedah memulakan saingan dengan kemenangan 2-0 keatas Perak, seri 1-1 bertemu Perlis dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang untuk berkongsi empat mata dengan Pulau Pinang, namun kelebihan jaringan membawa Kedah ke suku akhir.

Satu lagi perlawanan yang dijangka sengit adalah pertemuan PDRM menentang Singapura di Padang Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang ini.

PDRM yang muncul juara kumpulan A menamatkan aksi diperingkat kelayakan dengan satu kemenangan dan dua seri.

Pasukan Kuala Lumpur muncul naib juara yang turut disertai Selangor dan MASUM.

Singapura yang beraksi dalam kumpulan B Zon Selatan menamatkan cabaran mereka selaku naib juara di belakang Johor manakala Negeri Sembilan ditempat ketiga.

Peringkat suku akhir kedua dijadualkan pada 5 Disember depan diikuti separuh akhir, juga secara timbal balik pada 12 dan 19 Disember.

Perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Disember 2009.

Sabtu, November 28, 2009

K-League 2009: PBMK ke suku akhir

KS Hicom-Honda 3
PB Melayu Kedah 3

PBMK melayakkan diri ke saingan suku akhir dengan kelebihan jaringan setelah diikat 3-3 oleh pasukan KS Hicom-Honda yang berpengkalan di Sungai Petani. Perlawanan berlangsung di Stadium UUM, Sintok. Hicom turut mengiringi PBMK selaku johan Kumpulan C.

Isnin, November 23, 2009

PERR 2009: Kelantan lawan Kedah di peringkat suku akhir

Kedah selaku naib juara Kumpulan C Piala Emas Raja-Raja 2009 akan bertemu juara Kumpulan D, Kelantan pada saingan peringkat suku akhir yang dijalankan secara timbal balik.

Perlawanan pertama suku akhir akan diadakan pada 30 November depan di Kota Bharu dan 5 Disember bagi perlawanan kedua yang dijangkakan berlangsung di Stadium Darulaman, Alo Setar.

PERR 2009: Kedah layak ke suku akhir walaupun tewas

Kedah 0
Pulau Pinang 1
Mohd Haslan Abu Hassan 88'

Kedah akhirnya berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 walaupun tewas tipis 1-0 dalam aksi penuh dramatik menentang pasukan tuan rumah, Pulau Pinang malam tadi.

Nasib lebih memihak kepada Kedah apabila kedua-dua pasukan berkongsi empat mata setelah mengharungi tiga perlawanan. Kejohanan yang bermula Jumaat lepas menyaksikan Kedah layak melalui perbezaan satu gol mengatasi Pulau Pinang yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk mengatasi Kedah.

Tempo permainan berubah setelah pemain pertahanan kiri Kedah Mohd Zulfaizham Kamis menerima kad kuning kedua sekaligus memaksa Kedah bermain dengan 10 pemain pada minit ke-82. Pulau Pinang berjaya mengambil kesempatan daripada kekurangan tersebut dengan melakukan asakan demi asakan. Keadaan bertambah buruk buat pasukan Kedah apabila pemain tengah Ahmad Amin Md. Akhir yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Wan Mohd Asraf Wan Ali terpaksa diusung keluar dan dikejarkan ke hospital setelah bertembung dengan pemain Pulau Pinang.

Kedah yang gagal menahan asakan Pulau Pinang akhirnya terpaksa melepaskan satu gol melalui penyudah Mohd Haslan Abu Hassan yang menewaskan Muhammad Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-88 dan gol tersebut kekal sehingga tamat permainan.

Dalam perlawanan lain, Perlis muncul juara Kumpulan C setelah mudah menundukkan Perak 3-0 pada sebelah petang.

KEDAH:
Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Mohd Zulfaizham Kamis, Amirul Nizam Mahadzir, Tan Yang Wei, Wan Mohd Asraf Wan Ali (Mohd Amin Md Akhir) (Mohd Kamal Azira Abd Manah), Mohd Arfan Rashid, Mohd Faizal Abu Bakar (Muhd Shafiq Jamal, Mohd Naim Yusoff

Ahad, November 22, 2009

PERR 2009: Kedah dan Perlis berkongsi mata

Perlis 1 Rosmawadi Othman 24'
Kedah 1 Mohd Faizal Abu Bakar 22'

PULAU PINANG 22 Nov - Memasuki perlawanan kedua bagi kesemua pasukan yang bertanding, tidak banyak yang berubah dari segi kedudukan terkini dalam saingan Kumpulan C kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah Perlis dan Kedah terikat 1-1 kelmarin.

Dengan keadaan padang yang agak licin akibat hujan, pasukan Kedah memperoleh gol pertama melalui tandukan penyerang Liga Super Mohd Faizal Abu Bakar yang menerima hantaran kemas Mohd Zulfaizham Kamis pada minit ke-22.

Selang dua minit selepas jaringan tersebut Perlis memperoleh gol penyamaan yang dijaringkan oleh Rosmawadi Othman berpunca daripada satu sepakan percuma di hadapan gol pasukan Kedah.

Aksi kedua-dua pasukan selepas itu agak hambar walaupun dengan permainan berbaki 20 minit Perlis terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Romdhizat Jamian dilayangkan kad merah setelah menyiku ketua pasukan Kedah Mohd Fazliata Taib.

Pada perlawanan terakhir malam ini, Kedah akan bertemu tuan rumah Pulau Pinang dengan hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk layak ke pusingan suku akhir yang dijadualkan akan diadakan pada 30 November dan 5 Disember depan untuk bertemu salah satu pasukan daripada Kumpulan D (Zon Timur).

KEDAH: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Mohd Zulfaizham Kamis, Tan Yang Wei (Amirul Nizam Mahadzir), Mohd Arfan Rashid, Wan Mohd Asraf Wan Ali, Mohd Kamal Azira Abd Manah (Rohazren Mat ALi), Mohd Naim Yusoff, Mohd Faizal Abu Bakar

Sabtu, November 21, 2009

PERR 2009: Kedah buka tirai tewaskan Perak

Perak 0
Kedah 2 Mohd Naim Yusoff 17', Mohd Faizal Abu Bakar 82'

PULAU PINANG 20 Nov - Kedah membuka tirai saingan Piala Emas Raja-Raja 2009 Zon Utara dengan mengutip tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan Perak dengan dua gol tanpa balas yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang petang semalam.

Kedah yang ditunjangi oleh pemain Liga Super, Mohd Fazliata Taib berjaya menguasai awal babak pertama permainan menemui sentuhan gol pada minit ke-17 menerusi penyerang Mohd Naim Yusoff yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan Perak dan menolak masuk bola di sebelah kiri gol menewaskan Mohd Saiful Aswad.

Bermula separuh masa kedua permainan, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berjaya membuat serangan ke kubu lawan masing-masing. Perak bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Mohd Farij Mahyudin diperintahkan keluar padang selepas menyiku Mohd Arfan Rashid. Dan kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh Mohd Faizal Abu Bakar yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan sehinggalah minit yang ke-82 apabila Faizal sendiri dapat merembat kencang dari dalam kotak penalti dan buat kali kedua menewaskan penjaga gol Perak.

Pada perlawanan lain Kumpulan C yang berlangsung pada sebelah malam, tuan rumah Pulau Pinang tewas 1-2 kepada Perlis.

Kejohanan diteruskan lagi pada petang nanti dengan Perlis menentang Kedah pada jam 5.00 dan Pulau Pinang bertemu Perak pada sebelah malam yang akan dilangsungkan jam 8.30 malam dengan kedua-dua perlawanan diadakan di Stadium Bandaraya.


KEDAH: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Mohd Zulfaizham Kamis, Tan Yang Wei (Amirul Nizam Mahadzir), Mohd Arfan Rashid, Muhd Nizam Mansor (Wan Mohd Asraf Wan Ali), Mohd Kamal Azira Abd Manah, Mohd Naim Yusoff, Mohd Faizal Abu Bakar (Muhd Shafiq Jamal)

Khamis, November 19, 2009

PBMK harap sokongan peminat di Pulau Pinang

Pihak PBMK mengharapkan agar semua peminat dan penyokong bola sepak negeri Kedah Darul Aman yang berada di sekitar negeri Pulau Pinang dapat memenuhi Stadium Bandaraya untuk bersama-sama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan negeri Kedah bagi mengharungi kejohanan Piala Emas Raja-Raja pada tahun ini.

Dengan sokongan daripada peminat dan penyokong setempat, ia pasti mampu membakar semangat pemain pasukan Kedah untuk mencipta kejayaan pada kejohanan yang akan berlangsung selama tiga hari seterusnya dapat melangkah ke pusingan suku akhir.

Jadual Pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2009 (Pusingan Awal)


JUMAAT, 20.11.2009
Selangor mln. MASUM
5.00 petang
Stadium Kajang, Kajang

Perak mln. Kedah
5.00 petang
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang


Kelantan mln. ATM
5.00 petang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu


Kuala Lumpur mln. PDRM
8.30 malam
Stadium Kajang, Kajang


Johor mln. Negeri Sembilan
8.30 malam
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru

Pulau Pinang mln. Perlis
8.30 malam
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang


Terengganu mln. Pahang
8.30 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu



SABTU, 21.11.2009
PDRM mln. Selangor
5.00 petang
Stadium Kajang, Kajang


Perlis mln. Kedah
5.00 petang
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Pahang mln. Kelantan
5.00 petang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu


MASUM mln. Kuala Lumpur
8.30 malam
Stadium Kajang, Kajang


Negeri Sembilan mln. Singapura
8.30 malam
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru


Pulau Pinang mln. Perak
8.30 malam
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang


ATM mln. Terengganu
8.30 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu


AHAD, 22.11.2009
Selangor mln. Kuala Lumpur
5.00 petang
Stadium Kajang, Kajang

Perak mln. Perlis
5.00 petang
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang


Pahang mln. ATM
5.00 petang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

PDRM mln. MASUM
8.30 malam
Stadium Kajang, Kajang


Singapura mln. Johor
8.30 malam
Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru


Pulau Pinang mln. Kedah
8.30 malam
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang


Terengganu mln. Kelantan
8.30 malam
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

Rabu, November 18, 2009

Berita Harian: 19 pasukan buka saingan Piala Emas Raja-Raja

SEBANYAK 16 pasukan akan bersaing pada pusingan awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 yang bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Pusingan awal dibahagikan kepada empat zon menyaksikan juara bertahan, Kelantan diundi dalam Kumpulan D Zon Timur bersama Terengganu selaku tuan rumah dan Pahang serta ATM.


Kumpulan A Zon Tengah pula disertai Selangor selaku tuan rumah, Kuala Lumpur, PDRM dan Masum, Kumpulan B Zon Selatan membariskan cabaran Johor selaku tuan rumah, Negeri Sembilan dan Singapura manakalaa Zon Utara bagi Kumpulan C pula terdiri daripada tuan rumah, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.


Peringkat suku akhir secara timbal balik akan dijalankan pada 30 dan 5 Disember manakala separuh akhir, juga secara timbal balik, diadakan pada 12 dan 19 Disember sebelum perlawanan akhir pada 26 Disember.

Kelantan adalah pasukan yang paling banyak menjuarai Piala Emas Raja-Raja dengan meraih gelaran 14 kali dan mereka muncul juara musim lalu.


http://www.bharian.c...icle/index_html

Selasa, November 17, 2009

Senarai Pegawai dan Pelatih PERR Kedah 2009

CHEF-DE-MISSION: Muhamad Shakri bin Mat
PENGURUS:
YB. Mohd Firdaus bin Jaafar
PENOLONG PENGURUS:
Mohd Asri bin Ghazali
KETUA JURULATIH: Mohamad bin Ramlee
PENOLONG JURULATIH:
Idris bin Man
PENOLONG JURULATIH: Husin bin Jaafar
FISIOTERAPI: Mohd Faizal bin Abdullah / Mahfuz bin Ramli
KITMAN: Mohd Saleh bin Ismail / Md Zain bin Saad
PEGAWAI PERHUBUNGAN: Syed Ahmad Syukri bin Syed Abdullah
KOORDINATOR PASUKAN: Badrul Hisham bin Mohd Ridhwan

PEMAIN
:

Penjaga Gol
Muhammad Al-Hafiz bin Hamzah
Mohd Muhaimin bin Mohamad
Mohd Khairul Azuan bin Rosli

Pertahanan
Chun Keng Hong
Mohd Fazliata bin Taib
(Penolong Ketua Pasukan)
Mohamad Sany bin Mat Isa (Penolong Ketua Pasukan)
Muammar Nur Halim bin Rahim
Mohd Zulfaizham bin Kamis
Mohammad Nizat bin Salleh
Md Nur Safwan bin Md Zain
Mohd Fadzli bin Mohd Nazri

Pemain Tengah
Amirul Nizam bin Mahadzir
(Ketua Pasukan)
Mohd Arfan bin Rashid
Tan Yang Wei
Muhammad Nizam bin Mansor
Mohd Kamal Azira bin Abd Manah
Wan Mohd Asraf bin Wan Ali
Rohazren bin Mat Ali
Muhammad Hafiszan bin Mohd Akhir
Ahmad Amin bin Md Akhir

Penyerang
Mohd Faizal bin Abu Bakar
Muhammad Shafiq bin Jamal
Mohd Naim bin Yusoff

Isnin, November 16, 2009

PERR tewaskan Liga Super

Penyerang baru Liga Super Kedah, Zambri Chin diapit oleh dua pemain pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah, Mohd Kamal Azira Abd Manah (kiri) dan Mohd Sany Mat Isa (jersi 5). - Gambar JEEBSION

Kemenangan 1-0 ke atas skuad Liga Super Kedah pada perlawanan persahabatan kedua petang tadi telah memberi sedikit keyakinan buat barisan kejurulatihan pasukan PERR Kedah menjelang pusingan awal kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 Jumaat depan.


Pasukan PERR yang kembali diperkuatkan dengan sentuhan pemain Liga Super Kedah iaitu Mohd Faizal Abu Bakar dan Muhd Shafiq Jamal menampakkan peningkatan berbanding pertemuan pertama yang diadakan Khamis lalu.

Gol tunggal pasukan PERR dijaringkan pada pertengahan babak pertama melalui jaringan sendiri pemain pertahanan Liga Super Kedah, Mohd Fazliata Taib yang tertampan masuk bola hasil lintangan pemain sayap Mohd Kamal Azira Abd Manah sekaligus memperdayakan Mohd Helmi Eliza.

Berlangsung di Stadium Darulaman, pada separuh masa kedua PERR dilihat agak kehilangan tumpuan. Setelah beberapa pertukaran pemain utama dilakukan oleh Mohamad Ramlee, pasukan bimbingan Hj. Ahmad Yusof berjaya menguasai permainan. Kedah yang beraksi tanpa tonggak utama akibat masalah kecederaan dan tugasan antarabangsa berjaya melakukan beberapa percubaan bahaya. Namun barisan pertahanan PERR yang ditunjangi bekas pemain Liga Super Mohd Sany Mat Isa dan Chun Keng Hong yang bakal menyertai Pulau Pinang musim hadapan terus ampuh bertahan.

Peluang terbaik PERR pada separuh masa kedua hadir pada minit akhir perlawanan melalui penyudah Amirul Nizam Mahadzir yang hanya sedikit melewati tiang gol sebelah kanan pasukan Kedah.

Bagi PERR Kedah, ini merupakan perlawanan persahabatan terakhir sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk saingan sebenar Piala Emas Raja-Raja.

* Pihak PBMK ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, kejurulatihan dan pemain-pemain Liga Super Kedah yang telah memberikan kerjasama serta komitmen yang tidak berbelah bahagi di dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan PERR tahun ini.

Ahad, November 15, 2009

Piala Agong 2009: Kelantan dan Johor juara bersama

Kelantan dan Johor dinobatkan juara bersama dalam perlawanan akhir Piala Agong 2009 setelah terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan sebenar di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Piala Agong merupakan perlawanan pembukaan sebelum berlangsungnya kejohanan Piala Emas Raja-Raja.

Setelah pengadil membunyikan wisel penamat 90 minit masa permainan, kedudukan terikat 1-1. Masalah berlaku apabila hujan yang turun agak lebat telah mengakibatkan padang ditakungi air sehingga tidak dapat digunakan untuk penentuan sepakan penalti dijalankan.

Pihak PBSMM yang telah bermesyuarat memutuskan perlawanan ditamatkan dengan kedua-dua pasukan diisytihar selaku juara bersama Piala Agong 2009.

Sabtu, November 14, 2009

K-League 2009: Kamal Azira wira PBMK

KS Modenas 0
PB Melayu Kedah 2 Mohd Kamal Azira Abd Manah 2', 80'

Penyerang, Mohd Kamal Azira Abd Manah menjadi wira pasukan PBMK setelah berjaya menjaringkan dua gol ketika menewaskan pasukan Kelab Sukan Modenas yang berlangsung di Padang Modenas, Gurun petang tadi bagi meneruskan saingan Kumpulan C, K-League 2009.

Kedua-dua gol dijaringkan pada seawal minit kedua separuh masa pertama dan lewat babak kedua permainan. Kamal Azira turut dipilih pemain terbaik perlawanan setelah tamat aksi kedua-dua pasukan.

Khamis, November 12, 2009

Skuad PERR Kedah tewas kepada pasukan Liga Super

Skuad Piala Emas Raja-Raja (PERR) Kedah tewas kepada pasukan Liga Super Kedah 0-3 dalam satu aksi persahabatan yang diadakan di Stadium Darulaman, Alor Setar petang tadi.

Perlawanan itu adalah aksi kedua perlawanan persahabatan yang diatur oleh PBMK setelah seri dengan pasukan Pilihan Langkawi Ahad lalu.

Pada babak pertama, skuad bimbingan Mohamad Ramlee ketinggalan 0-1 menerusi gol jaringan Khairul Helmi Johari.

Pada babak kedua, pasukan Liga Super Kedah menambah dua lagi gol menerusi jaringan pemain gantian, Samransak Kram yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut.

PERR Kedah: Al-Hafiz Hamzah, Chun Keng Hong, Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Zulfaizham Kamis, Amirul Nizam Mahadzir (Tan Yang Wei), Arfan Rashid, Kamal Azira Abd Manah, Wan Mohd Asraf Wan Ali, Naim Yusoff (Imran Azhar), Firdaus Hamid (Abd Muiz Abd Talib)

Liga Super Kedah: Helmi Eliza Elias (Abd Hadi Abd Hamid), Ronny Harun (Fazliata Taib), Khairul Helmi Johari, Shafizan Hashim, V. Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shahrulnizam Mustapa, Farizal Rozali, Faizal Abu Bakar, Shafiq Jamal (Samransak Kram), Zamri Chin

Harian Metro: Piala Emas Raja-Raja buka tirai

Oleh Ismail Muhamad

JUARA Piala Emas Raja-Raja 2008, Kelantan berentap dengan Johor dalam perlawanan akhir Piala Agong 2009 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, esok jam 8.45 malam.

Aksi final itu menguji kekuatan skuad Piala Emas Kelantan berdepan Johor selaku juara Piala Agong musim 2008 sebagai pembuka tirai merebut kejuaraan anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata final Piala Agong antara Kelantan dan Johor diharap dapat menarik kunjungan ramai peminat bola sepak tempatan.

Katanya, dengan final Piala Agong sebagai pembuka tirai, sebanyak 16 pasukan termasuk Kelantan meneruskan cabaran mereka dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim 2009.

“Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 dibahagikan kepada empat kumpulan dengan Zon Tengah, Selatan, Utara dan Timur bermula pada 20 November dan berakhir 26 Disember ini.

“Dengan tamatnya Liga Malaysia musim ini, tumpuan peminat boleh beralih menyaksikan final Piala Agong selain permulaan bagi kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim 2009,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Takiyuddin berkata, Kumpulan A (Zon Tengah) menyaksikan Selangor selaku tuan rumah pusingan awal selain Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum).

Menurutnya, Kumpulan B (Zon Selatan) meletakkan Johor selaku tuan rumah, Negeri Sembilan, Singapura dan Melaka, manakala Kumpulan C (Zon Utara) membabitkan Pulau Pinang sebagai tuan rumah, Kedah, Perlis dan Perak.

Katanya, Kumpulan D (Zon Timur) pula meletakkan Terengganu sebagai pasukan tuan rumah selain Kelantan, Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pusingan awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 bermula dari 20 hingga 22 November, suku akhir (30 November dan 5 Disember), separuh akhir (12 dan 19 Disember) dan perlawanan akhir ditetapkan pada 26 Disember ini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Arena/20091112091855/Article/index_html

Rabu, November 11, 2009

Perlawanan menentang Pilihan Langkawi beri gambaran awal

Pada 8 November yang lalu, pasukan Piala Emas Raja-Raja yang dibimbing oleh jurulatih Mohamad Ramlee telah membuat kunjungan ke pulau lagenda, Langkawi dengan mengadakan satu siri perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan daerah tersebut yang telah berlangsung di Stadium Langkawi.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 itu telah memberi sedikit gambaran tentang kekuatan dan kelemahan yang ada untuk diperbaiki sebelum berlangsungnya kejohanan pada 20 November depan bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Pada perlawanan tersebut gol-gol pasukan Kedah telah dijaringkan oleh penyerang Liga Super, Mohd Faizal Abu Bakar dan penyerang skuad Piala Presiden, Mohd Naim Yusoff. Pemain lain dari skuad Liga Super Kedah yang turut beraksi ialah penjaga gol Muhammad Al-Hafiz Hamzah, pertahanan Mohamad Rozaidi Abdul Rahim dan penyerang Muhammad Shafiq Jamal.

Khamis ini pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah sekali lagi akan menghadapi satu perlawanan persahabatan. Kali ini menentang pasukan Liga Super Kedah yang dibimbing oleh ketua jurulatih baru iaitu Hj. Ahmad Yusof.

Sabtu, November 07, 2009

K-League 2009: PBMK tewas perlawanan pertama

PB Melayu Kedah 0
PBD Kuala Muda 1


PBMK memulakan kempen K-League 2009 dengan kekalahan setelah kecundangan 0-1 kepada PB Daerah Kuala Muda yang rata-rata pemainnya beraksi untuk skuad Piala Presiden Kedah Kuala Muda Naza. Perlawanan berlangsung di Padang Modenas, Gurun.

Jumaat, November 06, 2009

Sinar Harian: PBSMK Yakin Bawa Pulang Piala Emas

YAN - Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Kedah (PBSMK) yakin akan membawa pulang Piala Emas Raja-Raja pada perlawanan yang akan berlangsung di Pulau Pinang tidak lama lagi.

Pengurus Pasukan Bola Sepak Melayu Negeri Kedah, Firdaus Jaafar berkata, Kedah yang akan dibarisi beberapa pemain Liga Super dan pemain berpengalaman pada kali ini.

“Saya yakin pasukan Kedah sudah bersedia sepenuhnya untuk membawa pulang piala tersebut dan kemenangan ini kami tujukan kepada Sultan Kedah kerana sentiasa menyokong perkembangan sukan.

“Saya berharap agar semua penyokong pasukan negeri Kedah memberi sokongan sepanjang kejohanan yang berlangsung tidak lama lagi,” katanya

Pasukan ini juga akan dilatih oleh beberapa pemain legenda Kedah bagi membuat persiapan sebelum kejohanan berlangsung.

“Berdasarkan gabungan orang lama dan baru ini, saya harapkan agar satu pasukan mantap dari segi fizikal serta mental dapat dibentuk dalam masa terdekat ini,” katanya.

Firdaus juga menasihatkan agar semangat penyokong bola sepak Kedah tidak luntur berikutan prestasi malap yang ditunjukkan pasukan negeri yang ditunjukkan sepanjang kempen liga musim ini.

“Kita kena bersatu hati dan sentiasa memberi sokongan kepada pasukan ketika mereka berjaya serta ketika mereka melalui keadaan sukar.

“Saya yakin pasukan Kedah perlu memperbaiki sedikit kekurangan yang terdapat dalam pasukan untuk meningkatkan semula prestasi mereka agar tidak terus tercicir,” katanya ketika merasmikan gelanggang takraw di Kampung Gelam Tiga, Bukit Besar.

Gelanggang tersebut dibina atas kelulusan Menteri Besar bagi memberi ruang kepada golongan pemuda untuk melakukan aktiviti riadah pada masa lapang.

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story5570678.asp