Isnin, November 23, 2009

PERR 2009: Kedah layak ke suku akhir walaupun tewas

Kedah 0
Pulau Pinang 1
Mohd Haslan Abu Hassan 88'

Kedah akhirnya berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala Emas Raja-Raja 2009 walaupun tewas tipis 1-0 dalam aksi penuh dramatik menentang pasukan tuan rumah, Pulau Pinang malam tadi.

Nasib lebih memihak kepada Kedah apabila kedua-dua pasukan berkongsi empat mata setelah mengharungi tiga perlawanan. Kejohanan yang bermula Jumaat lepas menyaksikan Kedah layak melalui perbezaan satu gol mengatasi Pulau Pinang yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk mengatasi Kedah.

Tempo permainan berubah setelah pemain pertahanan kiri Kedah Mohd Zulfaizham Kamis menerima kad kuning kedua sekaligus memaksa Kedah bermain dengan 10 pemain pada minit ke-82. Pulau Pinang berjaya mengambil kesempatan daripada kekurangan tersebut dengan melakukan asakan demi asakan. Keadaan bertambah buruk buat pasukan Kedah apabila pemain tengah Ahmad Amin Md. Akhir yang masuk pada separuh masa kedua menggantikan Wan Mohd Asraf Wan Ali terpaksa diusung keluar dan dikejarkan ke hospital setelah bertembung dengan pemain Pulau Pinang.

Kedah yang gagal menahan asakan Pulau Pinang akhirnya terpaksa melepaskan satu gol melalui penyudah Mohd Haslan Abu Hassan yang menewaskan Muhammad Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-88 dan gol tersebut kekal sehingga tamat permainan.

Dalam perlawanan lain, Perlis muncul juara Kumpulan C setelah mudah menundukkan Perak 3-0 pada sebelah petang.

KEDAH:
Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Mohd Zulfaizham Kamis, Amirul Nizam Mahadzir, Tan Yang Wei, Wan Mohd Asraf Wan Ali (Mohd Amin Md Akhir) (Mohd Kamal Azira Abd Manah), Mohd Arfan Rashid, Mohd Faizal Abu Bakar (Muhd Shafiq Jamal, Mohd Naim Yusoff

Tiada ulasan: