Rabu, November 11, 2009

Perlawanan menentang Pilihan Langkawi beri gambaran awal

Pada 8 November yang lalu, pasukan Piala Emas Raja-Raja yang dibimbing oleh jurulatih Mohamad Ramlee telah membuat kunjungan ke pulau lagenda, Langkawi dengan mengadakan satu siri perlawanan persahabatan menentang pasukan pilihan daerah tersebut yang telah berlangsung di Stadium Langkawi.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 itu telah memberi sedikit gambaran tentang kekuatan dan kelemahan yang ada untuk diperbaiki sebelum berlangsungnya kejohanan pada 20 November depan bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Pada perlawanan tersebut gol-gol pasukan Kedah telah dijaringkan oleh penyerang Liga Super, Mohd Faizal Abu Bakar dan penyerang skuad Piala Presiden, Mohd Naim Yusoff. Pemain lain dari skuad Liga Super Kedah yang turut beraksi ialah penjaga gol Muhammad Al-Hafiz Hamzah, pertahanan Mohamad Rozaidi Abdul Rahim dan penyerang Muhammad Shafiq Jamal.

Khamis ini pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah sekali lagi akan menghadapi satu perlawanan persahabatan. Kali ini menentang pasukan Liga Super Kedah yang dibimbing oleh ketua jurulatih baru iaitu Hj. Ahmad Yusof.

Tiada ulasan: