Ahad, November 22, 2009

PERR 2009: Kedah dan Perlis berkongsi mata

Perlis 1 Rosmawadi Othman 24'
Kedah 1 Mohd Faizal Abu Bakar 22'

PULAU PINANG 22 Nov - Memasuki perlawanan kedua bagi kesemua pasukan yang bertanding, tidak banyak yang berubah dari segi kedudukan terkini dalam saingan Kumpulan C kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah Perlis dan Kedah terikat 1-1 kelmarin.

Dengan keadaan padang yang agak licin akibat hujan, pasukan Kedah memperoleh gol pertama melalui tandukan penyerang Liga Super Mohd Faizal Abu Bakar yang menerima hantaran kemas Mohd Zulfaizham Kamis pada minit ke-22.

Selang dua minit selepas jaringan tersebut Perlis memperoleh gol penyamaan yang dijaringkan oleh Rosmawadi Othman berpunca daripada satu sepakan percuma di hadapan gol pasukan Kedah.

Aksi kedua-dua pasukan selepas itu agak hambar walaupun dengan permainan berbaki 20 minit Perlis terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila Romdhizat Jamian dilayangkan kad merah setelah menyiku ketua pasukan Kedah Mohd Fazliata Taib.

Pada perlawanan terakhir malam ini, Kedah akan bertemu tuan rumah Pulau Pinang dengan hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk layak ke pusingan suku akhir yang dijadualkan akan diadakan pada 30 November dan 5 Disember depan untuk bertemu salah satu pasukan daripada Kumpulan D (Zon Timur).

KEDAH: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Mohd Zulfaizham Kamis, Tan Yang Wei (Amirul Nizam Mahadzir), Mohd Arfan Rashid, Wan Mohd Asraf Wan Ali, Mohd Kamal Azira Abd Manah (Rohazren Mat ALi), Mohd Naim Yusoff, Mohd Faizal Abu Bakar

Tiada ulasan: