Khamis, Oktober 08, 2009

Tentatif Program 'Malam Amal Biar Jasa Jadi Kenangan'

8.20 malam - Ketibaan YTM Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SSDK., JP.

8.25 malam - Ketibaan YAB. Menteri Besar Kedah dan Isteri

8.30 malam - Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman

8.35 malam - Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman

- Lagu 'Allah Selamat Sultan'

- Bacaan doa

- Majlis santapan

- Persembahan hiburan oleh kumpulan nasyid jemputan

- Tayangan 'Nostalgia dan Kegemilangan Bola Sepak Kedah'

- Ucapan YB. Dato' Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah

- Pelancaran 'Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah' oleh KDYMM Tuanku Sultan

- Persembahan cenderamata kepada Kebawah DYMM Tuanku Sultan

- Keberangkatan pulang Kebawah DYMM Tuanku Sultan dan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman

- Keberangkatan pulang DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman

- Kepulangan YAB. Menteri Besar Kedah dan Isteri

- Kepulangan YTM Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH., DKYR., SSDK., JP.

- Majlis bersurai

Jumaat, Oktober 02, 2009

Kosmo!: PBSMM sertai Liga M mulai 2011

KANCAH Liga Malaysia (Liga M) 2011 bakal menyaksikan penyertaan pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah memberi lampu hijau kepada PBSMM untuk mempersiapkan pasukan menyertai Liga Malaysia mulai musim 2011.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PBSMM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas yang diketuai Timbalan Presidennya, Anuar Awad bagi memastikan persiapan ke arah itu berjalan lancar.

"Buat permulaan, kami akan bersaing dalam kempen Piala FAM dan jika berkemampuan, kami sedia untuk bersaing pada saingan Liga Perdana pada musim berikutnya," kata Takiyuddin selepas Mesyuarat Ahli Majlis PBSMM di Kelana Jaya semalam.

Dalam pada itu, PBSMM turut bersetuju untuk menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Melayu 2011 sejajar dengan penganjuran Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

"Kami cuba untuk menarik minat komuniti Melayu di negara seperti Afrika Selatan, Sri Lanka dan negara lain di Asia Tenggara," tambah Takiyuddin.

Mesyuarat semalam turut memutuskan bahawa saingan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan diadakan selepas perlawanan Piala Agong antara Kelantan menentang Johor di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 13 November 2009.

Cabaran peringkat awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan dijalankan mengikut format zon dengan Pulau Pinang selaku tuan rumah Zon Utara, Terengganu (Zon Timur), Selangor (Zon Tengah).

Namun, kedudukan tuan rumah Zon Selatan belum dapat diputuskan berikutan Johor dan Singapura menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Turut diputuskan dalam mesyuarat tersebut ialah usaha PBSMM untuk meneruskan usaha menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Melayu Nusantara selain menyertai pertandingan-pertandingan jemputan di luar negara.

KOSMO! Sukan: Jumaat, 02 Okt. 2009

PBSMM Bakal Mewarnai Liga Malaysia 2011

Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBSMM) akan membentuk satu pasukan seterusnya menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi tahun 2011, demikian dimaklumkan oleh YB. Dato' Hj. Takiyuddin Hj. Hassan, Presiden PBSMM.

Menurut Presiden PBSMM itu lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah memberi lampu hijau kepada PBSMM untuk mempersiapkan pasukan bagi menyertai Liga M 2011. Sehubungan itu PBSMM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan persiapan kearah itu berjalan lancar.

Pengumuman tersebut dibuat pada 'Mesyuarat Ahli Majlis PBSMM kali Pertama' selepas mesyuarat agung tahunan yang diadakan bulan lalu yang mana menyaksikan Dato' Takiyuddin yang sebelum ini hanya memangku jawatan Presiden dipilih sebagai Presiden yang baru.

Mesyuarat juga memutuskan bahawa saingan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan diadakan selepas perlawanan Piala Agong di antara Kelantan dan Johor yang akan diadakan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bahru, Kelantan pada 13 November 2009.

Seperti tahun lalu cabaran peringkat awal Kejohanan Piala Emas Raja-Raja musim ini akan dijalankan mengikut format zon dengan Pulau Pinang selaku tuan rumah bagi Zon Utara, Terengganu bagi Zon Timur, Selangor bagi Zon Tengah manakala kedudukan venue Zon Selatan masih belum diputuskan berikutan Johor dan Singapura kedua-duanya menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Turut dibincangkan ialah langkah PBSMM meneruskan usaha untuk merealisasikan penganjuran 'Pertandingan Bola Sepak Melayu Nusantara', menyertai pertandingan-pertandingan jemputan di luar negara di samping menggalakkan badan-badan gabungan negeri menganjurkan aktiviti masing-masing ke arah pembangunan sukan bola sepak di negara ini.

Juga dimaklumkan pada mesyuarat tersebut adalah kesediaan sebuah syarikat korporat sebagai penaja pertandingan Piala Emas Raja-Raja 2009 di mana ianya bakal diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Isnin, September 28, 2009

Malam Amal Biar Jasa Jadi Kenangan

Anjuran
Persatuan Bolasepak Melayu Kedah
&
Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah

TARIKH: Sabtu, 31 Oktober 2009 (31-10-2009)
MASA: 8.30-11.30 malam
TEMPAT: Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, Alor Setar
*
KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah berkenan untuk berangkat bercemar duli bagi menghadiri majlis ini


OBJEKTIF
1) Menghimpun kembali bekas pemain-pemain bola sepak Kedah dari pelbagai era dalam satu majlis khas bersama-sama dengan peminat no. 1 skuad Hijau Kuning – KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
2) Mengembalikan nostalgia bola sepak Kedah antara sesama bekas pemain.
3) Mengembalikan nostalgia kegemilangan bola sepak Kedah.
4) Mengiktiraf jasa dan sumbangan bekas-bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri Kedah melalui sukan khususnya bola sepak.
5) Menghidupkan kembali suasana ala 'Malam KFA' yang pernah diwujudkan oleh 'Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah' – Allahyarham Dato' Paduka Haji Ahmad Basri Mohamad Akil.
6) Mengumpul dana bagi membantu bekas-bekas pemain yang mengalami keuzuran ataupun yang memerlukan bantuan dari segi kewangan dan sebagainya.
7) Mengumpul dana agar 'Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah' dapat menjalankan aktivitinya.

PENGISIAN PROGRAM
1) Perasmian 'Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah'.
2) Pengkisahan semula sejarah perkembangan bola sepak Kedah.
3) Pameran, penayangan semula koleksi gambar pemain dan pasukan; serta video-video perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Kedah.
4) Jamuan makan malam.

KUMPULAN SASARAN
1) KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman selaku peminat no. 1 Hijau Kuning.
2) Persatuan Bolasepak Kedah.
3) Persatuan Bolasepak Melayu Kedah Darul Aman.
4) Bekas jurulatih-jurulatih pasukan Kedah.
5) Bekas pemain-pemain pasukan Kedah.
6) Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat yang berminat.
7) Orang-perseorangan/peminat bola sepak Kedah yang berminat.

BAYARAN
RM50.00 bagi setiap Individu/peminat bola sepak Kedah

PAKAIAN
Lelaki - Batik formal
Wanita - Baju kurung


TEMPAHAN, MAKLUMAT DAN KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI:
En. Zulkifli: 013-4803231
Tn. Syed Ahmad: 019-4278787
En. Badrul: 019-4332234
Faksimili: 04-7318870
E-Mel: pbm_kedah@yahoo.com.my

Sabtu, September 19, 2009

Jawatankuasa Kerja PBMK 2009/2011

JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Pengerusi
Dato' Hj. Mahfuz bin Omar

Timbalan Pengerusi
Dato' Hj. Shukri bin Hashim

Naib Pengerusi
Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar

Setiausaha
Tn. Syed Ahmad Syukri bin Syed Abdullah Alkaff

Bendahari
En. Zulkifli bin Ismail



JAWATANKUASA PENTADBIRAN
Pengerusi
Tn. Syed Ahmad Syukri bin Syed Abdullah Alkaff
Ahli
En. Badrul Hisham bin Hj. Mohd Ridhwan

Tn. Hj. Md Isa bin Abu Seman
En. Khairul Ashraf bin Khalid
En. Md Zain bin Saad


JAWATANKUASA KEWANGAN
Pengerusi

Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar

Ahli
En. Zulkifli bin Ismail
En. Mohd Asri bin Ghazali
En. Aminuddin bin Ab Ma'ati
En. Jamaluddin


JAWATANKUASA PEMBANGUNAN
Pengerusi
En. Muhamad Shakri bin Mat
Ahli
En. Mohamad bin Ramlee
En. Idris bin Man
En. Harun bin Che Omar
En. Faizul Fahmy bin Mohamed Fisol


JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Pengerusi
En. Mohd Shubihi bin Muhamad Zain
Ahli
En. Mohd Fauzi bin Darus
En. Abu bin Abdul Hamid
En. Mohd Saleh bin Ismail

Khamis, September 17, 2009



Persatuan Bolasepak Melayu Kedah Darul Aman
mengucapkan
'Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 Hijrah'
kepada seluruh peminat bola sepak tanahair.

Ahad, Ogos 30, 2009

Salam Kemerdekaan ke-52

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52