Sabtu, Oktober 17, 2009

BERNAMA: PBMK Anjur Majlis Khas Rai Bekas Pemain Bola Sepak

ALOR SETAR, 17 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK) akan menganjur satu majlis Malam Jasa Jadi Kenangan pada 31 Oktober ini khusus bagi meraikan bekas-bekas pemain bola sepak negeri.

Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata majlis yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Mentaloon itu akan turut dihadiri oleh Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata pada majlis itu juga Sultan Abdul Halim akan melancarkan Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah, dan menyampaikan tiga anugerah sukan bola sepak iaitu Tokoh Kepimpinan, Tokoh Pembangunan dan juga Anugerah Biar Jasa Jadi Kenangan iaitu anugerah khas untuk bekas-bekas pemain.

"Pada majlis itu kami juga akan melancarkan kutipan dana untuk pembangunan sukan bola sepak di Kedah," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Sementara itu Mahfuz berkata, PBMK juga akan membentuk satu pasukan di bawah kelolaannya untuk menyertai Liga Kedah anjuran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mulai tahun depan.

"Pasukan PBMK itu akan dipimpin oleh bekas pemain Idris Man sebagai jurulatih," kata beliau.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=447691

Tiada ulasan: