Jumaat, November 06, 2009

Sinar Harian: PBSMK Yakin Bawa Pulang Piala Emas

YAN - Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Kedah (PBSMK) yakin akan membawa pulang Piala Emas Raja-Raja pada perlawanan yang akan berlangsung di Pulau Pinang tidak lama lagi.

Pengurus Pasukan Bola Sepak Melayu Negeri Kedah, Firdaus Jaafar berkata, Kedah yang akan dibarisi beberapa pemain Liga Super dan pemain berpengalaman pada kali ini.

“Saya yakin pasukan Kedah sudah bersedia sepenuhnya untuk membawa pulang piala tersebut dan kemenangan ini kami tujukan kepada Sultan Kedah kerana sentiasa menyokong perkembangan sukan.

“Saya berharap agar semua penyokong pasukan negeri Kedah memberi sokongan sepanjang kejohanan yang berlangsung tidak lama lagi,” katanya

Pasukan ini juga akan dilatih oleh beberapa pemain legenda Kedah bagi membuat persiapan sebelum kejohanan berlangsung.

“Berdasarkan gabungan orang lama dan baru ini, saya harapkan agar satu pasukan mantap dari segi fizikal serta mental dapat dibentuk dalam masa terdekat ini,” katanya.

Firdaus juga menasihatkan agar semangat penyokong bola sepak Kedah tidak luntur berikutan prestasi malap yang ditunjukkan pasukan negeri yang ditunjukkan sepanjang kempen liga musim ini.

“Kita kena bersatu hati dan sentiasa memberi sokongan kepada pasukan ketika mereka berjaya serta ketika mereka melalui keadaan sukar.

“Saya yakin pasukan Kedah perlu memperbaiki sedikit kekurangan yang terdapat dalam pasukan untuk meningkatkan semula prestasi mereka agar tidak terus tercicir,” katanya ketika merasmikan gelanggang takraw di Kampung Gelam Tiga, Bukit Besar.

Gelanggang tersebut dibina atas kelulusan Menteri Besar bagi memberi ruang kepada golongan pemuda untuk melakukan aktiviti riadah pada masa lapang.

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story5570678.asp

Sabtu, Oktober 24, 2009

PBMK Sertai K-League 2009

PBMK secara rasminya akan menyertai 16 buah pasukan lain bakal berentap di dalam pertandingan Liga Bola Sepak Kedah 2009 (K-League) bagi merebut Piala Tuanku Sultan Kedah.

Majlis undian bagi menentukan kedudukan 17 pasukan yang akan bertanding telahpun berlangsung di Hotel Regency, Alor Setar petang tadi. Pasukan-pasukan yang terlibat telah dibahagikan kepada dua zon iaitu 'Zon Utara' dan 'Zon Selatan' dan setiap zon pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

PBMK yang diwakili oleh penolong pengurus pasukan, En. Muhamad Shakri Mat telah diundi di dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Muda, Kelab Sukan Hicom-Honda dan Kelab Sukan MODENAS yang akan beraksi di peringkat Zon Selatan.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang akan bertanding:

KUMPULAN A (ZON UTARA)
Kelab Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM)
Persatuan Bolasepak Kaum India Kedah (PBKIK)
Persatuan Bolasepak Daerah Kubang Pasu (PBD Kubang Pasu)
Persatuan Bolasepak Daerah Padang Terap (PBD Padang Terap)
Kelab Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (Pelajaran)

KUMPULAN B (ZON UTARA)
Kelab Sukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (KSUK)
Persatuan Bolasepak Daerah Kota Setar (PBD Kota Setar)
Persatuan Bolasepak Cina Kedah (PBCK)
Persatuan Bolasepak Daerah Pokok Sena (PBD Pokok Sena)

KUMPULAN C (ZON SELATAN)
Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK)
Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Muda (PBD Kuala Muda)
Kelab Sukan Hicom-Honda (Hicom-Honda)
Kelab Bolasepak MODENAS (MODENAS)

KUMPULAN D (ZON SELATAN)
Persatuan Bolasepak Daerah Yan (PBD Yan)
Persatuan Bolasepak Daerah Kulim (PBD Kulim)
Persatuan Bolasepak Daerah Kulim (PBD Kulim)
Persatuan Bolasepak Daerah Pendang (PBD Pendang)

http://ligakedah.webs.com/

Ahad, Oktober 18, 2009

Piala Emas Raja-Raja 2009

KUMPULAN A
Zon Tengah
Selangor (tuan rumah)
Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Polis DiRaja Malaysia

KUMPULAN B
Zon Selatan
Johor (tuan rumah)
Singapura
Melaka
Negeri Sembilan

KUMPULAN C
Zon Utara
Pulau Pinang (tuan rumah)
Kedah
Perlis
Perak

KUMPULAN D
Zon Timur
Terengganu (tuan rumah)
Kelantan
Pahang
Angkatan Tentera Malaysia

Peringkat Awal (kumpulan): 20 hingga 22 November 2009

Suku Akhir (timbal balik): 30 November & 5 Disember 2008

Separuh Akhir (timbal balik): 12 & 19 Disember 2009

Perlawanan Akhir: 26 Disember 2009

Hampir 70 Pemain Bola Sepak Hadiri Sesi Pemilihan

Sesi pemilihan pemain skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah yang pada perancangan awalnya akan diadakan selama tiga hari telah dipendekkan kepada dua hari sahaja. Ini berdasarkan kepada pandangan ketua jurulatih pasukan, En. Mohamad Ramlee dan penolongnya, En. Idris Man, di mana mereka cukup berpuas hati dengan kehadiran serta kemampuan yang telah ditunjukkan oleh bakat-bakat bola sepak yang hadir selama dua hari proses pemilihan tersebut yang berakhir pada petang tadi.

Bertempat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, hampir 70 orang pemain telah menghadiri sesi pemilihan tersebut yang turut dihadiri oleh pemain-pemain daripada skuad Piala Presiden dan Liga Super.

Setelah selesai menjalani proses pemilihan, pelatih-pelatih pasukan Kedah dijangkan akan menjalani latihan bermula 27 Oktober depan.

Sabtu, Oktober 17, 2009

BERNAMA: PBMK Anjur Majlis Khas Rai Bekas Pemain Bola Sepak

ALOR SETAR, 17 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (PBMK) akan menganjur satu majlis Malam Jasa Jadi Kenangan pada 31 Oktober ini khusus bagi meraikan bekas-bekas pemain bola sepak negeri.

Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata majlis yang dijadualkan berlangsung di Dewan Sri Mentaloon itu akan turut dihadiri oleh Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata pada majlis itu juga Sultan Abdul Halim akan melancarkan Kelab Bekas Pemain Bola Sepak Negeri Kedah, dan menyampaikan tiga anugerah sukan bola sepak iaitu Tokoh Kepimpinan, Tokoh Pembangunan dan juga Anugerah Biar Jasa Jadi Kenangan iaitu anugerah khas untuk bekas-bekas pemain.

"Pada majlis itu kami juga akan melancarkan kutipan dana untuk pembangunan sukan bola sepak di Kedah," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Sementara itu Mahfuz berkata, PBMK juga akan membentuk satu pasukan di bawah kelolaannya untuk menyertai Liga Kedah anjuran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mulai tahun depan.

"Pasukan PBMK itu akan dipimpin oleh bekas pemain Idris Man sebagai jurulatih," kata beliau.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=447691

Jumaat, Oktober 16, 2009

Sesi Pemilihan Pemain Skuad Piala Emas Raja-Raja 2009


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa satu sesi pemilihan pemain pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah bagi tahun 2009 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

TARIKH: 17, 18 & 19 Oktober 2009
MASA: 4.30 hingga 7.00 petang
TEMPAT: Padang SMK Dato' Syed Omar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Pemain-pemain bola sepak dari seluruh pelosok negeri Kedah yang berminat dan berbakat dijemput hadir ke sesi pemilihan tersebut.

Harap maklum.

Mohamad Ramlee Jurulatih Pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah

Bekas jurulatih skuad Piala Presiden yang juga bekas pemain Kedah era 80-an dan 90-an, Mohamad Ramlee (gambar) telah dipilih oleh Ahli Majlis PBMK melalui Jawatankuasa Pembangunan untuk menggalas tugas selaku pengendali skuad Piala Emas Raja-Raja Kedah ke kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 November depan di Pulau Pinang yang telah dipertanggungjawabkan selaku tuan rumah bagi Zon Utara selain melibatkan pasukan Perlis, Kedah dan Perak.

Pada Mesyuarat Majlis PBMK Kali Ke-2 yang telah diadakan malam tadi, semua ahli majlis telah sebulat suara memutuskan melantik Mohamad sebagai ketua jurulatih pasukan dan akan dibantu oleh seorang lagi bekas pemain Kedah era 80-an, Idris Man.

Bekas pemain pertahanan kiri yang pernah digelar sebagai 'kereta kebal' ini dipilih berdasarkan kepada pengalaman luas beliau selaku jurulatih skuad Piala Presiden dan SUKMA negeri selain kemampuannya melahirkan bakat-bakat muda seperti Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari serta Ahmad Shakir Md Ali yang begitu menonjol permainan mereka di dalam saingan Liga Malaysia.