Ahad, Julai 25, 2010

Sesi Pemilihan Pemain Pasukan Melayu Kedah 2010 (Zon Kedah Utara)


Sesi pemilihan pemain pasukan Melayu Kedah ke kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2010 bagi Zon Kedah Utara akan diadakan sebagaimana ketetapan di bawah:


TARIKH: Sabtu, 31 Julai 2010
MASA: 8 pagi
TEMPAT: Padang Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar

Bakat-bakat bola sepak dari daerah berdekatan seperti Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang dijemput hadir.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Amat berbanggga di atas keupayaan yang bersemangatkan perjuangan kental pemimpin-pemimpin muda PBMK sehingga berjaya meletakkan maruah PBMK ke tahap yang terbilang. Bergerak sepasukan mentadbirkan PBMK di dalam urusan pejabat dan pada masa yang sama bersatu padu seia-sekata dalam urusan penubuhan pasukan bolasepak PBMK menjelang PERR selepas eidulfitri akan datang. Kecanggihan laman web ini membukikan segala-galanya walaupun hanya baru setahun jagung mereka memimpin persatuan sebesar ini.
Setinggi-tinggi tahniah.
Salam ikhlas.