Selasa, Ogos 11, 2009

'Rumah Baru' PBMK

Setelah sekian lama bergerak untuk menjalankan setiap aktiviti tanpa memiliki sebarang kemudahan mahupun premis yang tetap, bermula 1 Ogos 2009 pejabat PBMK kini telah mula beroperasi di Stadium Darulaman, Alor Setar yang sudah menjadi pentas keramat skuad Hijau Kuning sejak sekian lama, sejajar dengan aspirasi PBMK untuk sama-sama membangunkan sukan bola sepak.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kerajaan negeri dan terutama sekali pengurusan Perbadanan Stadium-stadium Negeri Kedah yang telah memberi kebenaran kepada PBMK untuk beroperasi di premis yang terletak di Astaka Lama Stadium Darulaman. Premis ini dahulunya merupakan pejabat dan sekretariat bagi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebelum berpindah ke Astaka Utama.

Semoga dengan adanya prasarana ini, PBMK dapat mengorak langkah untuk terus memberikan komitmen yang jitu seterusnya membantu perkembangan bola sepak negeri Jelapang Padi ini.

Tiada ulasan: