Rabu, Mac 25, 2009

Peraturan Am dan Format Pertandingan Peringkat Zon Kejohanan Futsal Sempena Ulangtahun KDYMM Tuanku Sultan yang ke-81

PERATURAN AM KEJOHANAN

1) Kejohanan futsal ini terbuka hanya kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

2) Pemain kebangsaan dan pemain negeri juga layak untuk mengambil bahagian.

3) Pendaftaran pasukan dan pemain hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan oleh pihak PBMK.

4) Setiap pasukan perlu mendaftar maksimum 7 orang pemain.

5) Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan sahaja pada satu masa.

6) Pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan mestilah bertanggungjawab untuk memastikan supaya:
- Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
- Mematuhi semua keputusan pegawai perlawanan.
- Mengamalkan prinsip 'Fair Play' sepanjang kejohanan selain semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi.
- Pasukan yang bertanding tidak akan menuntut sebarang ganti rugi daripada pihak PBMK, pegawai perlawanan atau penaja bersabit dengan kemalangan, kecelakaan, kerosakan, kecurian iaitu sebelum, semasa atau selepas kejohanan.

7) Setiap pasukan mestilah memiliki sekurang-kurangnya 1 set jersi bernombor. Jika terdapat masalah jersi atau pertindihan warna bagi 2 pasukan yang bertanding, pihak penganjur berhak untuk mengarahkan pemakaian bib yang telah disediakan oleh penaja kejohanan. Nombor jersi tidak boleh ditukar sehingga tamat kejohanan.

8) Yuran penyertaan sebanyak RM70 akan dikenakan untuk pendaftaran kali pertama. Pasukan yang tewas boleh mendaftar semula di zon yang sama dan dikenakan bayaran sebanyak RM50.

9) Pasukan yang tewas dan tidak layak ke peringkat suku akhir pada peringkat zon boleh mendaftar semula di zon berikutnya dengan bayaran penyertaan sebanyak RM70 untuk kali pertama; dan sekiranya tewas boleh menyertainya semula dengan bayaran RM50.

10) 8 pasukan yang telah layak ke peringkat grand final tidak dibenarkan untuk mendaftar kali kedua di peringkat zon lain kerana telah layak sebagai antara 24 pasukan terbaik yang akan memasuki peringkat grand final.

11) Sebarang bantahan yang dibuat akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.

12) Perlawanan pertama akan dimulakan pada jam 9.00 pagi bagi kesemua zon.

13) Tarikh tutup penyertaan ialah 2 hari sebelum kejohanan berlangsung bagi setiap zon.



FORMAT PERTANDINGAN BAGI PERINGKAT ZON

1) Akan dijalankan secara kalah-mati (knock-out).

2) Masa permainan yang ditetapkan ialah 7 minit bagi separuh masa pertama dengan rehat 1 minit dan 7 minit bagi separuh masa kedua (7–1–7).

3) Sekiranya sesuatu keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri, keputusan akan ditentukan dengan 3 tendangan penalti. Jika keputusan selepas 3 tendangan penalti masih terikat, format sudden-death akan digunapakai.

4) Di setiap zon, perlawanan akan berlangsung sehingga ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

5) Hanya 8 pasukan terbaik iaitu pasukan yang telah layak ke peringkat suku akhir di setiap zon akan ke peringkat grand final.

6) Pasukan yang telah layak ke peringkat grand final tidak benarkan untuk menyertai semula kejohanan di zon yang berikutnya.
Peringatan:
Sekiranya pihak penganjur mendapati terdapat pemain yang pasukannya layak ke peringkat grand final telah mendaftar buat kali kedua di zon yang berlainan, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan pasukan yang diwakili oleh pemain terbabit pada peringkat grand final.

7) Format peringkat grand final akan dimaklumkan kepada 24 pasukan yang layak sahaja.

Tiada ulasan: