Sabtu, November 21, 2009

PERR 2009: Kedah buka tirai tewaskan Perak

Perak 0
Kedah 2 Mohd Naim Yusoff 17', Mohd Faizal Abu Bakar 82'

PULAU PINANG 20 Nov - Kedah membuka tirai saingan Piala Emas Raja-Raja 2009 Zon Utara dengan mengutip tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan Perak dengan dua gol tanpa balas yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang petang semalam.

Kedah yang ditunjangi oleh pemain Liga Super, Mohd Fazliata Taib berjaya menguasai awal babak pertama permainan menemui sentuhan gol pada minit ke-17 menerusi penyerang Mohd Naim Yusoff yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan Perak dan menolak masuk bola di sebelah kiri gol menewaskan Mohd Saiful Aswad.

Bermula separuh masa kedua permainan, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berjaya membuat serangan ke kubu lawan masing-masing. Perak bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Mohd Farij Mahyudin diperintahkan keluar padang selepas menyiku Mohd Arfan Rashid. Dan kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh Mohd Faizal Abu Bakar yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan lawan sehinggalah minit yang ke-82 apabila Faizal sendiri dapat merembat kencang dari dalam kotak penalti dan buat kali kedua menewaskan penjaga gol Perak.

Pada perlawanan lain Kumpulan C yang berlangsung pada sebelah malam, tuan rumah Pulau Pinang tewas 1-2 kepada Perlis.

Kejohanan diteruskan lagi pada petang nanti dengan Perlis menentang Kedah pada jam 5.00 dan Pulau Pinang bertemu Perak pada sebelah malam yang akan dilangsungkan jam 8.30 malam dengan kedua-dua perlawanan diadakan di Stadium Bandaraya.


KEDAH: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Fazliata Taib, Mohd Sany Mat Isa, Muammar Nur Halim Rahim, Mohd Zulfaizham Kamis, Tan Yang Wei (Amirul Nizam Mahadzir), Mohd Arfan Rashid, Muhd Nizam Mansor (Wan Mohd Asraf Wan Ali), Mohd Kamal Azira Abd Manah, Mohd Naim Yusoff, Mohd Faizal Abu Bakar (Muhd Shafiq Jamal)

Tiada ulasan: