
Selasa, April 10, 2012
Sabtu, April 07, 2012
Pengesahan PBMK Menyertai LIGA MALAYSIA
Khamis, April 05, 2012
MARI SERTAI KAMI !!!!!!!
Kedah United mempunyai pelan perniagaan dan usahasama bijak yang membantu dari segi pulangan untuk anda.
1. Rakan Niaga Bijak.
Usahasama ini melibatkan anda sebagai pusat kumpul mata ganjaran. Bagi setiap ahli K.U yang berbelanja dan menggunakan kad keahlian mereka di kedai anda, mata ganjaran akan diberikan kepada pengguna. Matlamat usahasama ini adalah untuk membantu anda dari segi menambah baik jualan anda sepanjang tempoh usahasama. Selain itu, kami juga turut membantu dari segi promosi dan pengiklanan yang dilakukan menerusi laman sesawang KUdan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2. Rakan K-1 Bijak.
Bagi pemegang kad keahlian Rakan K-1 Bijak, setiap pembelian di kedai-kedai terpilih akan diberi mata ganjaran. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk tukaran barang yang sama nilai dengan mata terkumpul anda. Pelbagai aktiviti turut dirancang untuk anda seperti karnival sukan dan hari bertemu peminat. Anda juga layak untuk memenangi hadiah misteri melalui cabutan bertuah. Kami menyediakan 5 pakej yang mempunyai nilai, kelebihan dan faedah berbeza.
3. Rakan Iklan Bijak.
Menerusi usahasama ini, anda akan diberi peluang yang luas untuk mempromosikan jenama atau produk bersama kami. Usahasama Rakan Iklan Bijak bakal mewujudkan proses promosi yang berlainan dan efektif. Paparan iklan anda akan ditayang dan dipromosikan terus kepada Rakan K-1 K.U melalui laman sesawang kami. Kami menyediakan pakej-pakej yang menarik dan segar untuk pilihan. Setiap pakej akan member anda pulangan yang berbeza mengikut jenis.
4. Rakan Promosi K-1 Bijak.
Usahasama Rakan Promosi K-1 Bijak dapat digunakan dalam membantu anda dari segi menambah baik jualan anda. Setiap pelanggan yang membuat pembelian di kedai anda akan diberi kad keahlian Rakan K-1 Bijak K.U secara percuma. Mata ganjaran juga akan diberikan ke atas pembelian tersebut malah ia turut dapat membantu menarik minat bakal pelanggan. Selain itu seandainya premis anda mempunyai pusat servis seperti kedai kereta berjenama, kad mata ganjaran ini akan membawa mereka kembali untuk tempoh jangka masa yang lama. Namun begitu ia bergantung kepada servis yang diberikan oleh kedai dan pekerja anda.
5. Rakan Penaja Bijak.
Penajaan adalah sumber kewangan yang penting dalam menjayakan perjalanan pasukan bola sepak. Secara umum, penajaan bolasepak masa kini lebih kepada promosi tanpa pulangan. Namun begitu usahasama Rakan Penajaan Bijak ini lebih mementingkan kejayaan dan pulangan dari segi jenama dan nilai. Kami menjanjikan setiap ringgit yang dilaburkan akan membawa manfaat kepada ANDA dan semua pihak. Rakan Penaja Bijak K.U secara terus akan menikmati kesemua 4 usahasama Rakan Bijak K.U tanpa bayaran tambahan. Pakej yang disediakan ialah Platinum, Emas, Perak, Kristal dan Jade. Pakej-pakej ini bergantung kepada sumbangan dan pulangan anda.
Rakan Usahasama K.U amat mementingkan keuntungan bagi semua pihak yang terlibat. Melalui usahasama ini juga kami bersedia untuk bekerjasama dan berkongsi lontaran pendapat yang positif agar dapat menambah baik perjalanan usahasama bersama ANDA.
JIKA ANDA BERMINAT,HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA!!
Isnin, April 02, 2012
Majlis Makan Malam Bersama d'Saji
Ahad, April 01, 2012
Ahli Majlis 2012
K.E.D.A.H U.N.I.T.E.D

Sabtu, Mac 31, 2012
Pengesahan Penswastaan & PAN EMPRESA SDN.BHD sebagai wakil sah Persatuan Bolasepak Melayu Kedah
Selasa, November 02, 2010
Piala Emas Raja-Raja Semakin Dijunjung
SUMBER: shaukeisports

Bermula Jumaat ini, Kejohanan yang mempunyai tinta emas bolasepak negara kita, Kejohanan Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-70 akan memulakan cabarannya dengan 16 pasukan bakal memulakan aksi-aksi pusingan awal diempat lokasi.
Pasukan-pasukan mengikut kumpulan adalah seperti berikut;
Kumpulan A; Perlis (Tuan Rumah), Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur.
Kumpulan B; Kelantan (Tuan Rumah), Johor, ATM, Pulau Pinang.
Kumpulan C; Perak (Tuan Rumah), Kedah, Selangor, Melaka
Kumpulan D; MASUM (Tuan Rumah), Singapura, Terengganu, PDRM.
Jadual pertandingan suku akhir pula akan berlangsung pada 13 dan 20 November, diikuti separuh akhir 28 November dan 4 Disember manakala final pada 11 Disember 2010.
Untuk makluman, Astro Arena telah memberi kerjasama akan menyiarkan perlawanan-perlawanan kumpulan D secara langsung mulai 5 November ini. Sokongan yang diberikan Astro Arena bakal mencatat lembaran baru buat Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia khususnya, diharapkan dengan siaran itu nanti setidak-tidaknya peminat-peminat bolasepak tempatan berpeluang untuk mengikuti satu lagi kejohanan bolasepak tempatan yang tidak kurang hebatnya.
Seperkara yang mungkin timbul nanti dikalangan para peminat kelak, kenapa tumpuan hanya diberikan terhadap kumpulan D dan tidak perlawanan-perlawanan awal kumpulan-kumpulan lain?. Inilah yang mahu saya kongsikan dengan anda semua, bahawa apa yang dimainkan oleh Astro Arena ini adalah sesuatu yang baik diperingkat awal sokongan mereka.
Mungkin tidak ramai dikalangan kita yang menyedari bahawa faktor kos merupakan perkara asas untuk melakukan sesuatu liputan, apa lagi yang bersifat "LIVE". Disamping faktor-faktor lain, kita harus memahami bahawa untuk Astro Arena menghantar krew penerbitannya ke lokasi-lokasi lain ia memerlukan perbelanjaan tinggi.
Mungkin juga sebahagian daripada kita tidak mengetahui bahawa untuk liputan sesuatu perlawanan bolasepak mahu pun sukan-sukan lain diluar Lembah Kelang, ia memerlukan perbelanjaan sekitar RM70 ke RM80 ribu bagi menampung kos penerbitan dan masa siaran sesuatu liputan. Faktor kos ini juga bergantung jumlah hari yang diperlukan untuk melakukan sesuatu liputan itu disamping pengelibatan "direct cost" lain.
Justeru itu sebagai Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Astro Arena dan krew penerbitannya diatas keperihatinan mereka membantu PBSMM kearah meningkatkan perhatian masyarakat khususnya memenuhi selera peminat-peminat bolasepak dinegara ini.
Bukan setakat perlawanan awal kumpulan D sahaja yang akan disiarkan secara langsung, dua perlawanan peringkat separuh akhir dan Final juga telah dipersetujui oleh Astro Arena untuk menyiarkannya secara langsung.
Saya juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Puncak Niaga (M) Sdn.Bhd yang turut tampil membantu PBSMM sebagai penaja buat kali kedua berturut-turut kearah memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan lancar.
Sehubungan itu saya menyeru kepada peminat-peminat bolasepak tempatan dilokasi-lokasi awal peringkat kelayakan, datanglah ke stadium-stadium berdekatan anda atau tontonilah saluran Astro Arena untuk sama-sama kita memeriahkan kejohanan penutup kalendar bolasepak negara, Puncak Piala Emas Raja-Raja 2010
Khamis, Oktober 28, 2010
Ahad, September 26, 2010
FusionExcel International Taja RM32,000 kepada Pasukan Melayu Kedah

Melalui usaha Kumpulan ‘Energy for All’ (EFA Group of ASEAN) yang bergerak aktif di sekitar kawasan utara, FusionExcel menjadi antara penyumbang terawal kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK) dengan komitmen bernilai RM32,000 berupa produk kesihatan dan tenaga seperti loket dan termos kuantum sehingga berakhirnya saingan Piala Emas Raja-Raja penghujung Disember ini.
Majlis penyerahan penajaan telah berlangsung Jumaat lalu di Hotel Seri Malaysia Alor Setar dengan pasukan Melayu Kedah diwakili Presiden PBMK, Dato' Hj. Mahfuz Omar sementara dua orang Pengarah Presiden FusionExcel International, Dr. Mohd Fadil Samion dan Mohd Pidzeni Md Amin mewakili syarikat berkenaan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli majlis PBMK, Mohd Firdaus Jaafar, Syed Ahmad Syukri Syed Abdullah, Badrul Hisham Mohd Ridhwan, Pengarah Eksekutif FusionExcel International, Mohd Naain Said dan Pengarah FusionExcel International, Muhamad Sahabudin Senawi.
Dato’ Mahfuz dalam ucapannya melahirkan harapan agar sumbangan besar daripada FusionExcel ini dapat menjadi pembakar semangat seterusnya melonjakkan prestasi pemain-pemain pasukan Melayu Kedah ke tahap yang paling optimum bagi menghadapi kejohanan Piala Emas Raja-Raja yang akan bermula 5 November depan.
Menurut beliau lagi, PBMK juga amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh FusionExcel sebagai syarikat korporat, bukan sahaja untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat tetapi juga sebagai salah satu cabang pembangunan sukan di Malaysia.
Sementara itu, Mohd Pidzeni menyifatkan penyertaan mereka bersama PBMK sebagai satu penghormatan setelah melihat potensi yang ada pada pasukan Melayu Kedah selain untuk mendekati ahli-ahli sukan di negeri ini agar bakat yang ada pada mereka dapat dikembangkan untuk mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
Khamis, September 23, 2010
Senarai Pegawai dan Pelatih Pasukan Melayu Kedah 2010
PEGAWAI
KETUA JURULATIH: MOHAMAD BIN RAMLEE
PENOLONG JURULATIH: ZULKIFLI BIN MAHMUD
JURULATIH PENJAGA GOL: ISSHAMWIL BIN AZMI
PEGAWAI FISIOTERAPI: MOHD SYAHRIZAL BIN MOHD NADZIR / ROSHYDY BIN ABDUL RAHIM
KITMAN: MOHD SALEH BIN ISMAIL / MD ZAIN BIN SAAD
PEGAWAI PERHUBUNGAN: BADRUL HISHAM BIN MOHD RIDHWAN
PEMAIN
Penjaga Gol:
MOHAMMAD FIRDAUS BIN ABD ROZAK
MOHD ROSYIDI BIN MD SAREB
Pertahanan:
MOHD ZULFAIZHAM BIN KAMIS
MOHAMMAD NIZAT BIN SALLEH
MUAMMAR NUR HALIM BIN RAHIM
FUGERSON AK SOKOLINKAM
LEW HAN HUNG
MOHD SUFFIAN BIN SAAD
MOHD SOLLAHUDIN BIN MOHD SAID
NARENTHIRAN A/L DASARATHAN
MOHAMAD HAFIZEE BIN HAMID
MOHD KHAIROL BIN OTHMAN
PUTRA ALIF BIN
Pemain Tengah:
MUHAMMAD FIQRRY BIN MD ISA
MUHAMMAD BAHIYUDDIN BIN RAZALI
ANOND A/L CHIM
MOHD FAIRUS BIN HASHIM
MOHAMAD HISYAM BIN MOHD SHOFI
MUHAMMAD KHIDHIR BIN AHMAD MUZAFAR
ABDULLAH BIN YUSOFF
AMMER SYAFIQ BIN ISHAK
ROHAZREN BIN MAT ALI
Penyerang:
WAN MOHD ASRAF BIN WAN ALI
MOHD HAZWAN BIN ZAINUN
MOHD SHAMIR BIN HALIM
MUHAMMAD MUZAWWIR BIN MOHTAR
MUHAMMAD ALIF ASWAT BIN BAHARIN
Jumaat, September 10, 2010
Isnin, Ogos 16, 2010
Kem Khas Pemilihan Pasukan Melayu Kedah 2010 'Gagal'
'Buntu dan gagal'. Itulah gambaran yang telah diberikan oleh barisan jurulatih serta jawatankuasa pemilihan pemain skuad Melayu Kedah pada tahun ini.
Walaubagaimanapun 'buntu' dan 'gagal' bukannya bermaksud bahawa jawatankuasa pemilihan yang diketuai oleh Mohamad Ramlee selaku ketua jurulatih masih belum mampu mencari barisan terbaik. Masalah yang dihadapi ialah terlalu ramai pemain berpotensi yang mampu diserapkan ke dalam senarai 20 orang pemain.
Objektif utama Kem Khas Pemilihan Pasukan Melayu Kedah 2010 lalu yang berlangsung selama tiga hari juga telah lari daripada matlamat asal kerana masih terdapat 30 pemain untuk disenarai pendekkan.
Namun, apa yang boleh dibanggakan bagi sesi pemilihan tahun ini ialah lapan orang pemain yang belum pernah mewakili negeri Kedah pada sebarang kejohanan besar telah berjaya dikesan dan digilap oleh Mohamad Ramlee, Isshamwil Azmi dan Zulkifli Mahmud.
Rabu ini sesi latihan pertama akan bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar. Tugas berat menanti jawatankuasa pemilihan untuk menentukan 20 pemain terbaik pada beberapa sesi latihan yang dijalankan dalam masa terdekat ini.
Sabtu, Ogos 14, 2010
Undian Piala Emas Raja-Raja 2010

Perlis
Pahang
Negeri Sembilan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KUMPULAN B
Kelantan
Johor
Angkatan Tentera Malaysia
Pulau Pinang
KUMPULAN C
Perak
Kedah
Selangor
Melaka
KUMPULAN D
Terengganu
Singapura
Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia
Polis DiRaja Malaysia
Rabu, Ogos 11, 2010
Rabu, Ogos 04, 2010
Kem Khas Pemilihan Pasukan Melayu Kedah 2010
35 orang pelatih yang telah dipilih daripada dua sesi pemilihan pada 24 dan 31 Julai lalu akan dihimpunkan pada satu kem khas pemilihan pasukan Melayu Kedah yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:
TEMPAT: Padang Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning), Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Turut sama akan menyertai kem khas ini ialah pemain-pemain yang pernah mewakili negeri Kedah dalam kejohanan-kejohanan seperti Piala Emas Raja-Raja 2009, Piala Presiden, SUKMA, Liga Bolasepak IPT dan Piala YAB Menteri Besar Kedah.
Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk menyenaraikan 20 pemain terbaik bersama-sama dengan lima orang kuota daripada pasukan Liga Super dan Liga Perdana untuk didaftarkan ke dalam skuad Melayu Kedah bagi menghadapi saingan Piala Emas Raja-Raja 2010.
Senarai 2o pemain akan diumumkan pada penghujung sesi kem yang djangka akan berakhir pada petang Ahad, 8 Julai.
Isnin, Ogos 02, 2010
6 Hingga 8 Ogos Bakal Tentukan Pemain Skuad Melayu Kedah
Tarikh 6 hingga 8 Ogos depan bakal menjadi medan terakhir buat barisan kejurulatihan pasukan Melayu Kedah untuk membentuk sebuah pasukan Melayu Kedah yang mantap bagi menghadapi saingan Piala Emas Raja-Raja November depan.
Seramai 35 orang pelatih yang telah dipilih melalui dua fasa pemilihan akan digabungkan bersama-sama dengan pemain-pemain berpengalaman lain pada satu sesi kem khas yang dijalankan secara latihan pusat sebagai saringan terakhir. Antaranya termasuklah daripada skuad Melayu Kedah 2009, SUKMA Kedah, Piala Presiden, Liga Bolasepak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Piala YAB Menteri Besar Kedah.
Tempoh selama tiga hari akan diguna dengan sebaik mungkin oleh barisan kejurulatihan dengan diketuai oleh Mohamad Ramlee serta dibantu oleh dua orang bekas pemain pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang pernah beraksi di dalam Piala FAM era 90-an iaitu Isshamwil Azmi dan Zulkifli Mahmud untuk mengenalpasti sekurang-kurangnya 20 orang pemain terbaik untuk membawa nama negeri Kedah.
Fasa pemilihan terakhir selama tiga hari tersebut akan berlangsung di padang Kompleks Sukan Muadzam Shah atau lebih dikenali sebagai Kompleks Hijau Kuning, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar.









